• No. 46, Jalan Dato Abdul Aziz, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor
  • +603 7954 3008
  • No. 46, Jalan 14/29, 46100 Petaling Jaya
  • +603 7954 3008

Jawatankuasa Pemantauan PRU15 (PantauPRU15) adalah gabungan pertubuhanpertubuhan masyarakat sivil yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, jantina, agama, budaya, ideologi dan status sosioekonomi dan mempunyai visi sepunya ke arah kemajuan Malaysia berteraskan demokrasi matang dan inklusif. Bekerjasama secara sinergistik dengan NCWO, PantauPRU15 berpegang teguh bahawa peningkatan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai calon PRU dan seterusnya perwakilan dalam badan legislatif adalah langkah penting dalam mencapai visi tersebut.

PantauPRU15 lahir daripada Resolusi Forum Kepimpinan Wanita dalam Politik anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (COMWEL) pada 5 Oktober 2022 yang menuntut lonjakan jumlah perwakilan wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini dan seterusnya. Kekurangan perwakilan wanita dalam kepimpinan politik tidak boleh lagi dipandang remeh, justeru tindakan substantif dan kolektif perlu diambil segera.

PantauPRU15 akan berperanan seperti berikut:

1) Menggesa peningkatan pencalonan wanita oleh parti-parti politik;

2) Melobi media arus perdana dan alternatif serta media dalam talian memberi lebih
ruang dan peluang kepada calon wanita sebelum, semasa dan selepas kempen
PRU15;

3) Menjalankan kempen erat bersama media bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan lebih ramai wanita sebagai ahli dalam badan legislatif;

4) Menyediakan platform visibiliti kepada semua calon wanita tanpa mengira parti untuk
perkongsian pencapaian dan perancangan mereka dalam kempen PRU15; dan

5) Melaporkan perkembangan sepanjang PRU15 yang berkaitan dengan calon-calon
wanita yang bertanding.

PantauPRU15 adalah non partisan. Dijemput semua pihak untuk menggunakan tandapagar #WanitaPemimpinRakyat #MoreWomenBetterGovernance dan #Min30PeratusWanita sebagai tanda sokongan kepada agenda ini.

 

AHLI-AHLI GABUNGAN PantauPRU15

 

VIDEO LAPORAN DAN DOKUMENTASI PantauPRU15